Webinar Cyber Security “Cara Menjaga Cctv Dan Wifi Anda Dari Digodam”
13 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2026, telah diadakan Webinar Cyber Security “Cara Menjaga CCTV Dan Wifi Anda Dari Digodam” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang langkah-langkah keselamatan digital bagi melindungi rangkaian internet dan sistem CCTV daripada ancaman penggodam. Peserta akan mempelajari cara menetapkan kata laluan yang kukuh, menukar tetapan lalai peranti, mengemas kini perisian secara berkala serta mengenal pasti tanda-tanda pencerobohan siber. Selain itu, meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka dan bijak menjaga keselamatan peranti di rumah atau premis perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: